Potensi Jiwa: Antara Fujur dan Taqwa, Dacing Kehidupan Yang Adil
- Mohd Azlan Adnan

- May 28
- 2 min read
Allah s.w.t menyebut keluasan potensi jiwa insan dalam frasa fujur - keburukan dan taqwa - kebaikan. Lihat AlShams: 7-8. Demi jiwa dan penyempurnaannya - perseimbangannya. Maka aku ilhamkan padanya jalan fujur dan taqwa.
Ayat yang pendek namun memberi banyak makna mendalam tentang potensi pembangunan jiwa seperti positif dan negatif , pandai dan bodoh , miskin dan kaya, baik dan buruk, hitam dan putih dan seterusnya. Ia terpendam jauh dalam dhomeer - conscious dan unconscious manusia.
Kembar siam ini memberi makna yang crucial dalam kehidupan insan. Ia tumbuh berpasangan. Memberi impak besar pada manusia.
Secara fitrahnya, jiwa.. sangat cinta pada jalan kebaikan - taqwa dan benci kepada jalan keburukan - fujur. Ia sebuah pilihan. Terserah mutlak kepada manusia. Setelah pertimbangan logikal akal. Qolbu memutuskan ia adalah neraca terakhir.
Fujur dan taqwa ini bersifat 'sawwaahaa' - taswiyah al-Nafs - balance.. Semacam dacing dalam diri manusia. Bahkan penciptaan manusia itu serba seimbang. Terserah padanya memilih jalan dan haluan. Samada memilih jalan baik atau jalan buruk, kejayaan atau kegagalan.. dan seterusnya.
Ia sebuah pertanggungjawaban penuh yang Allah berikan pada manusia mengurus dirinya. Keputusan mutlak ditangannya.
Allah 'berlepas tangan' setelah memberikan segala anugerah kesempurnaan penciptaan kepada manusia. Tiada dakwa dakwi boleh dibuat oleh manusia di kemudian hari bahawa ia serba tak sempurna dan tak cukup.
Namun... potensi jiwa yang Allah bekalkan ini perlu dipaksa, dilatih, digilap, digarap untuk menjadi permata bergemerlapan. Ia bertepatan dengan maksud فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا Kalimah أَلْهَمَ bererti 'dipaksa telan'. Ia berasal dari لْهَمَ - lahama bererti menelan.
Frasa ayat ini sekaligus membawa maksud sebarang tingkahlaku fujur - keburukan dan taqwa - kebaikan yang berlaku atas manusia perlu melalui proses 'paksaan - memaksa - dipaksa' untuk sesuatu perbuatan tersebut terjadi.
Begitulah juga jika mahu berjaya, mahu pandai, mahu cemerlang, menjadi kaya, seorang pintar perlulah melalui proses paksaan. Tidak boleh melemah atau malas. Penuh motivasi dan inspirasi.
Ia tidak datang dengan mudah dan bergolek tanpa usaha bersungguh-sungguh daripada individu. Segala ramuan kejayaan perlu digarap untuk mencapai segala bentuk kejayaan dan kemahuan yang diidamkan. Begitulah sebaliknya dan seterusnya.
Manusia jahat atau gagal, miskin atau kaya, bodoh atau pandai. Bukan sebab kelemahan individu. Namun itu adalah pilihan kehidupan yang ia buat. Tepuk dada tanyalah iman. Mana pilihan qolbu anda???
Tidak dinafikan, mungkin hanya 10 hingga 20 peratus adalah mereka yang tidak bernasib baik dalam kehidupan menghadapi pelbagai ujian. Majoritinya bergantung pada usaha. Di samping doa, anugerah Ilahi dan seumpamanya.
Ayuhh!!! Betulkan neraca kefahaman kita. Terus berusaha perkasakan potensi diri.

Comments