Al-Khannas: Anxiety??? Waspada Dengan Kompetensi Iblis
- Mohd Azlan Adnan

- May 29
- 2 min read
Updated: Jun 5
Di kala manusia terpesona dengan segala penemuan ilmu psikologi tentang manusia dan segala kompetensi dan potensi diri yang 'superb' yang ditampilkan.
Jomm!!! Kita tekuni kompetensi syaitan menjahanamkan manusia. Janganlah sekali-kali lupa dengan musuh yang 'invisible' namun Allah ingatkan ia 'sangat nyata' kepada manusia.
Dewasa ini, manusia didedahkan tentang isu kesejahteraan 'mental'. Namun ia agak berbeza dengan wahyu..
Menurut perspektif alQuran suluhan dari rabbani, seorang muslim/manusia harus concern memelihara kesejahteraan 'qolbu'nya - jantung - hati. Inilah kubu utama yang perlu dipertahankan sebelum ia dirosakkan oleh iblis laknatullah alaih. Tidak ada manusia terlepas dari onarnya.
Qolbu.. Di sinilah bermulanya ketenangan ataupun porak peranda kehidupan seorang insan. Di sinilah pusat serangan utama alkhannas - jin syaitan dan manusia menwas-waskan - membisikkan keraguan etc pada diri manusia. Ia menyelinap halus melalui darah ke seluruh tubuh manusia. Pada Allah s.w.t kita berlindung.
Keraguan-keraguan tersebut dibisikkan di qolbu bagi mempengaruhi akal untuk berfikir logik tentang sesuatu insiden yang dihadapi. Rasai dan sedarilah kehadirannya. Awasilah seutuhnya.
Akal dan qolbu - brain heart akan bertarung menimbang tara unsur fujur dan taqwa, positif dan negatif dan seterusnya sebelum membuat sesuatu keputusan dalam kehidupan manusia. Keputusan terakhir tetaplah pada qolbu.
Qolbu yang sejahtera, baik, soleh, bercahaya akan mampu menimbang sesuatu isu lalu membuat resolusi dengan betul, benar dan tepat. Lalu selamatlah manusia.
Justeru alKhannas seperti yang dirakam di dalam surah al-Naas terdiri daripada jin syaitan dan manusia. Ia makhluk yang sangat perlu diperhatikan oleh manusia.
Punya kompetensi - kepakaran menyerang saat manusia dalam keadaan lalai, leka, lagha, lahwun dan setara. Serangannya pelbagai bentuk dan bervariasi.
Boleh jadi ia menyerang akal. Aspek logikal. Boleh jadi bertumpu di qolbu - hati. Aspek perasaannya. Boleh jadi jiwanya - psikik - tenaga dalaman. Aspek motivasi dan inspirasi diri dan seumpamanya. Boleh jadi orang kelilingnya. Boleh jadi syahwah - keinginannya yang diperhiaskan padanya. Boleh jadi melayan keseronokkan hawa nafsunya yang pelbagai hingga mempertuhankannya. Seribu satu macam senjata dan cara digunakan. Banyak 'loop hole' dalam diri manusia menjadi lubuk serangan alKhannas ini. Ayuhhh!!! Berwaspadalah!!!
Modus operandinya, SOPnya, adalah seperti askar gerila. Hit and run. Serang dan lari. datang dan pergi. Berulang dan berkali-kali tanpa jemu. Masa yang panjang. Tak pernah putus asa dan kecewa. Hingga manusia tergelincir sesat/tersilap sebagaimana sumpahnya pada Allah s.w.t.
Perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit merosakkan manusia hingga tersesat/tersilap tanpa ia sedar. Halus dan berseni 'game'nya. Zaman berubah muncullah istilah stres, anxiety, disorder dll. Istilah berbeza pada maksud yang punya persamaan. Dalam pelbagai wajah. Itu sahaja.
Terus berkembang. Lalu lahirlah istilah-istilah moden 'mental health' hari ini. Pelbagai disorder yang dimaknai oleh al-Nafs al-Ammarah - jiwa yang bersangatan mengawal/mengarah/mengkontrol manusia pada peringkat paling ekstrem/keterlaluan. Itulah terminologi alQuran.
Boleh jadi kegilaan main game, boleh jadi sifat keakuan yang melampau, boleh jadi sibuk 'show off'. Pelbagai lagi. Hubungkanlah pelbagai situai hidup dengan diri sendiri untuk kenal di mana letak duduknya kita.
Sebagai muslim. Hanya pada Allah kita berlindung. Mendapatkan intervensi dan rehabilitasi.
Kembalilah kepadaNya. Hidup denganNya. Maknai baki hidup ini dengan 'islamic mental health' yang sebenar. Ayuhh!!! Jadilah muttaqeen, muhsineen, mukmineen, muslimeen, mustaghfirin dan banyak lagi disebut di dalam alQuran..
Joomm!!! Jadilah sebenar-benar manusia yang disebut oleh alQuran tersebut. Itulah solusi pada segala masalah manusia yang kita alpakan. Sibghah - mould sebenar hanya daripada Allah.
Allahul Musta'aan.

Comments