Nafs Ammarah dan Lawwamah Sebagai Self Defense Mechanism
- Mohd Azlan Adnan

- May 15
- 3 min read
Updated: May 29
Komponen nafs - jiwa - psikik yang utama pada diri manusia menurut perspektif alQuran ada empat iaitu ammarah, lawwamah, mulhamah dan muthmainnah. Namun penulisan ringkas ini akan mengungkapkan fungsi ammarah dan lawwamah.
Apabila berbicara tentang jiwa - nafs dalam kerangka islam mestilah bermula dari pengertian bahasa arab kerana ia adalah sumber perantara kepada ilmu pengetahuan. Manakala sumber petunjuk utama tentang kejiwaan adalah alQuran dan alSunnah Rasulullah s.a.w . Sumber selain itu bersifat ijtihadi sahaja. Ia memperkayakan khazanah pengetahuan manusia.
Jiwa yang ammarah - nafsu al-ammarah adalah jiwa yang bersangatan mendorong/mengarah/mengawal. Ia datang pada diri manusia ketika berlaku sesuatu insiden ekstrim seperti kelaparan yang bersangatan lantas menghasilkan tingkahlaku makan yang berlebihan. Begitulah juga dalam hal malas, prasangka, buli, ponteng, menipu dan banyak lagi.
Ada pelbagai jenis jiwa - qolbu dan akal ammarah. Boleh jadi keterlaluan sedih, keterlaluan bermain game, keterlaluan gembira, keterlaluan bekerja - workaholic dan bermacam-macam lagi tingkahlaku manusia yang boleh tergabung dengan ammarah. Saudara boleh senaraikan terkait dengan diri sendiri sebagai langkah 'perbaikan diri - tazkiyyah al-Nafs.
Muhasabahlah sendiri!!!
Ammarah adalah jiwa biasa, jiwa normal yang ada pada manusia. Ia pelengkap dan kesempurnaan jiwa. Ia datang dan pergi. Turun dan naik. Ia boleh menjadi pendorong dan motivasi. Pembakar semangat. Adrenalin semulajadi. Jika tak terkawal boleh jadi stres. Jika berlebihan boleh mudarat. Ambillah sifat wasatiyyahnya. Preskrip seadanya, seperlunya. Ia berlegar disekeliling kita dalam pelbagai wajah. Yang penting!!! Kita sebagai empunya diri mengenalnya dan mampu mengawalnya.
Hakikatnya manusia sedar nafs ammarah tersebut melanda dirinya. Adakalanya ia gagal mengawalnya. Ataupun ia abaikan. Biarkan berlalu begitu sahaja. Tak ambil endah. Lalu ammarah itu membekas pada dirinya. Perlahan-lahan melukai dirinya. Menodai jiwanya.
Penyakit moden seperti hipertention, diabetis, obes, kanser, isu-isu mental health dan banyak lagi adalah kegagalan manusia mengawal ammarah - diri mereka pada penyakit tersebut di peringkat awal.
Penyakit-penyakit ini jika dibiarkan berterusan tak dibendung menjadi habit lalu sebati menjadi sifat dalam diri yang disebut oleh terminologi alQuran sebagai Al-Nafs Al-Ammarah' - Jiwa yang bersifat bersangatan mengawal/mengarah/mendorong/memerintah pula. Inilah maksud pelbagai jenis 'disorder' yang diangkat oleh tradisi perubatan moden dalam istilah 'mental health.. ntahh apa-apa lagi selepas ini. Allah telah mendahului memaklumkan pada hambanya. Lihat Surah Yusuf: 53. Allah menawarkan intervensi dan rehabnya. Terokalah sedalamnya.
Hanya melalui sarana bahasa arab sahaja mampu membedah maksud abstrak penyakit al-nafsu al-ammarah yang disebut oleh Allah ini. Lalu menggabung jalin segala klu-klu rabbani - alQuran dan alHadith seumpama permainan 'puzzle' . Sentiasa menemukan solusi-solusi baru yang segar dari Allah. Tafsir para ulama menjelaskan lebih mendalam. Terjemahan literal tidak mampu memberi makna yang tepat tentang penyakit manusia ini. Ia hanya pemahaman 'surface' sahaja.
Jiwa yang sangat mencela - Nafs al-Lawwamah adalah anugerah Allah maha pencipta buat manusia. Ia bersifat semulajadi. Inilah Internal defence mechanism yang awal.
Manusia yang punya fitrah solehah dengan sifat diri yang baik, hidup qolbunya dengan self talk akan secara automatik terus mencela dan mengingatkan segala nafs al-ammarah yang dilakukan oleh diri.
Jiwa yang hidup sentiasa sedar dan mencela, mengingatkan diri akan kecurangan yang dilakukan diri. Namun kadangkalanya ia masih tewas dalam pelbagai pertarungan lain yang disebut fujur - kejahatan dalam diri mahupun orang lain, syahwah - keinginan , hawwa' - nafsu dan syaitan. Jatuh dan bangun. Jatuh lagi. Bangkit semula. Terus bertarung dan menang akhirnya. Itulah fitrah kehidupan yang manusia lalui. Terus bersabar dan berjuang!!!!
Al-Nafsu al-Lawwamah - jiwa yang bersifat sangat mencela. Mencela segala sampah sarap dan kotoran jiwa yang menyerang diri atau telah menjadi sifat diri. Keburukan yang datang mampu disaring dan ditolak sebaiknya. Terselamatlah nafs tersebut dari segala keburukan.
Tahap ini jiwa manusia tersebut mempunyai kekuatan dalaman yang besar. Mekanisma pertahanan diri yang ampuh ini berlaku setelah jiwa - akal, qolbu dan ruh diisi dengan segala sarana rohaniyyah, iman, amal, taqwa, ihsan, ilmu, makrifah dengan segala pengetahuan, maklumat dan panduan menentang kebobrokan sekeliling diri. Maka sejahteralah insan tersebut.
Ayuhhh!!!! Kembali pada Rabbmu.. Solusi kejiwaan yang pasti!

Comments