top of page

Kesan Visualisasi Pada Striker Dalam Permainan Bolasepak

  • Writer: Mohd Azlan Adnan
    Mohd Azlan Adnan
  • May 14
  • 1 min read

Updated: May 15

Dalam hafazan alQuran modul XPIn Huffaz ada type huffaz menggunakan pendekatan semantik dalam mengukuhkan memori hafazan. Menumbuhkan bayangan simbol di kotak fikiran melalui pemahaman makna ayat. Membulatkan kalimah-kalimah penting lalu melokasikan simbol-simbol tersebut pada ruang tertentu sesuai dengan keupayaan Spa-V yang dimiliki.



Bagi pemain bolasepak pula keadaannya semacam itu juga. Ada persamaan pola pemprosesan daya tindak mereka. Sebagai contoh seorang striker bola sepak apabila mendapat hantaran bola di depan pintu gol akan membuat beberapa aksi daya tindak seperti berpusing, menggelecek membentuk 'curve' dengan gerakan badan mengelirukan dan pantas.



Sewaktu striker bersedia melakukan percubaan gol. Ruang pemikiran mereka dengan dominan visualisasi akan membayangkan kedudukan pintu gol, penjaga gol, permainan pertahanan dll sebagai simbol. Keupayaan penguasaan bayangan bersifat 3D yang sentiasa berubah-ubah akibat pergerakan, gelecekan yang dilakukan memudahkan mereka melakukan pemetaan.



Satu lagi keistimewaan semulajadi mereka adalah kebolehan melakukan 'prediction' jarak pintu gol, jenis hantaran, kekuatan sepakan dll dalam melakukan sepakan@percubaan.



Saudara bayangkan jika bola tersebut adalah dari situasi hantaran lintang. Sudah tentu elemen-elemen tersebut besar pengaruhnya.



Bagi pemain yang memiliki dominan 1D situasi ini agak sukar untuknya menjadi striker terbilang dalam menjaringkan go.



Tidak dinafikan latihan berterusan akan mempertajamkan skil seseorang. Namun dominan semulajadi seseorang adalah aset bernilai yang hanya perlu sedikit gilapan yang konsisten.


Recent Posts

See All
5 Komponen Kesejahteraan Insan

Kehidupan mempunyai banyak cabaran pada manusia. Justeru ia memberi kesan kepada 5 komponen tubuh iaitu jasad, nafs - psikik-jiwa, qolbu...

 
 
 

Comments


©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page