Teknik Murajaah Hafazan Terbaik

Perkara paling mendesak dalam penghafazan alQuran adalah mempastikan keberkekalan ingatan ayat yang telah dihafaz.
Justeru teknik murajaah terbaik adalah pendekatan yang digunakan oleh kebanyakan madrasah tahfiz tradisi yang menggunakan metodologi sabaq, para sabaq dan mukhtar.

Kaedah ulangan ini memang terbukti berkesan dalam menjamin kualiti hafazan individu kekal lama.
Bagi huffaz dengan kurikulum KBT, TMUA atau Program Ulul Albab memerlukan sedikit pengubahsuaian slot hafazan dengan penyesuaian masa supaya selaras dengan metodologi ulangan yang dicadangkan kerana tempoh hafazan dan murajaah yang pendk berbanding dengan rakan huffaz mereka di madrasah tahfiz yang berfokus dan memberi ruang masa ulangan yang panjang.
Disiplin, fokus dan kesungguhan yang tinggi adalah sangat diperlukan bagi memenuhi objektif serta menghasilkan mutu hafazan yang terbaik.
Namun pada pengamatan penulis sepatutnya ia tidak menjadi alasan dan halangan kerana program berasaskan kurikulum ini memilih calon terbaik dengan keupayaan mental, fizikal yang komprehensif.
Mereka adalah calon berkualiti yang hanya perlu diberi sentuhan teknik hafazan yang betul seperti modul hafazan yang dikemukakan oleh XPIn Huffaz.



Comments