top of page

5 Komponen Kesejahteraan Insan

  • Writer: Mohd Azlan Adnan
    Mohd Azlan Adnan
  • May 1
  • 2 min read

Updated: May 15

Kehidupan mempunyai banyak cabaran pada manusia. Justeru ia memberi kesan kepada 5 komponen tubuh iaitu jasad, nafs - psikik-jiwa, qolbu - EQ, akal - IQ dan ruh - SQ.


Semua komponen tersebut mempunyai kaitan dengan jiwa bawah sedar - unconscious (Sifat yang terenap/mendap dalam diri) dan jiwa sedar - conscious (dan keluar secara spontan). Begitulah konotasi alQuran yang di dokumenkan oleh AlGhazali dari pengertian 'khuluq' didasarkan pada firman Allah dalam Al-Qalam: 4.


Lalu apabila 5 komponen ini berinteraksi dengan persekitaran hidup ia akan menghasilkan tindakbalas tersendiri pada manusia. Ia saling punya keterhubungan.


Asasnya pada jasad manusia ada pelbagai komponen/anggota/tubuh yang lain seperti mata, telinga, usus, saraf, tulang, kulit, otot, jari, kaki, rambut, hidung, anggota seks, paru, limpa, qolbu, otak dan banyak lagi.


Jasad yang sakit punya simtom awal yang bermula pada 'unconscious condition' yang tidak normal. Ia terus berkembang dan membentuk sesuatu keadaan yang tidak sihat terzahir pada kondisi yang nyata pada conscious.


Sebagai contoh qolbu - jantung yang berdetak laju secara konsisten melebihi kadar detakan yang wajar 120/80 memberi tanda yang tidak normal. Jika diabaikan secara berterusan ia akan memberi kesan kepada diri manusia untuk kemungkinan mendapat 'hyper tention disease'. Jika ia dibiarkan terus tanpa kawalan akan memberi kesan yang signifikan kepada ' heart disease'. Lama kelamaan boleh menggugat nyawa seseorang apabila berlaku serangan jantung. Lebih serius ia boleh membawa kepada lumpuh serta hilang upaya dan membawa kepada kematian.


Kesejahteraan qolbu jika tidak dikawal dari segi kesihatan membawa implikasi kepada nyawa. Namun pada masa sama qolbu jika tidak dikawal dari aspek EQ - emosinya, akan menyebabkan rosak perasaan, intuisi, musnah kehalusan jiwa lawwamah - jiwa mencela - self talk - hilang sifat muthmainnah - ketenangan semulajadi di qolbu.


Begitu juga amalan maksiat yang berterusan akan merosakkan kehalusan qolbu daripada sifat jiwa malhamah. Jiwa yang sentiasa Allah s.w.t ilhamkan jalan-jalan kebaikanNya yang luas.


Justeru daripada qolbu jugalah timbulnya jiwa muthmainnah - SQ. Ia berlaku apabila segala elemen kebaikan memenuhi seluruh ufuknya - Ruh seseorang - bahkan banjir dengan segala sifat muttaqeen, muhsinin, mukminin dan banyak lagi.


Bayangkan jika kelima-lima komponen manusia tersebut bergerak searah menuju kesempurnaan yang sama. Secara beransur-ansur segala mazmumah diri musnah ditelan oleh mahmudah yang melalui riyadhah al-Nafs seseorang yan komited memperbaiki diri.




Recent Posts

See All

Comments


©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page