top of page

Ulasan Artikel: Hubungan Muzik Dalam Lonjakkan Hafazan Huffaz

  • Writer: Mohd Azlan Adnan
    Mohd Azlan Adnan
  • Apr 12, 2023
  • 2 min read

Updated: Sep 5, 2023

Banyak kajian tentang hubungan muzik dengan lonjakkan keupayaan pembelajaran kendiri seseorang.


Berdasarkan perspektif XPIn, individu yang mempunyai pola kecenderungan otak kanan iaitu Intuition dan Feeling sangat berkesan, mudah dan sesuai menjadikan muzik sebahagian instrumen membantu mengaktifkan kognisi spatial-visual mereka.


Bahkan dalam pendekatan program latihan hafazan XPIn Huffaz menekankan bagi kedua kelompok personaliti terbabit untuk memodifikasi keistimewaan pola beat, rhythm dan rhymes yang memang secara semulajadi tersedia wujud dalam kognitif mereka.


ree

Ilustrasi gambar: Tujuan hiasan sahaja


Berikut dikongsikan satu petikan artikel untuk di ambil manfaat bersama: "Terdapat korelasi yang kuat antara muzik dan cara kita belajar. Penyelidikan menunjukkan bahawa apabila kanak-kanak diberi arahan yang betul tentang alat muzik, mereka mendapat markah yang tinggi pada tugasan yang memerlukan kognisi spatial-temporal, matematik, dan koordinasi tangan-mata. Ini boleh dikaitkan dengan hubungan antara muzik dan kemahiran matematik."

**(Boleh difahami bagi kelompok ini ketika menghafaz alQuran kombinasi melagu, tartil, bertajwid, makhraj huruf adalah komponen yang akan merangsang serentak pada kecerdasan khusus spatial-visual mereka serta kelebihan artistik yang dimilik. Di samping itu nilai semulajadi kehalusan emosi sekaligus menerbitkan pola 'rhymes' tersendiri pada kognitif mereka. "Seorang pemuzik perlu terus membahagikan rentak untuk dapat mentafsir notasi berirama. Malah, berlatih muzik, memberi perhatian kepada perincian, dan disiplin yang diperlukan untuk mempelajari muzik boleh terbukti menjadi asas yang kukuh untuk membina kemahiran matematik.

**(Selaras dengan itu, boleh difahami melalui hafazan al-Quran dengan segala kelengkapan penggunaan komponen memori/kognitif yang multi dimensional sebenarnya jika betul-betul dirangsang mampu memberikan lonjakkan luar biasa buat para huffaz. Tanpa disedari oleh mereka(huffaz) aktiviti menghafaz telah memberi rangsangan maksimum pada temporal spatial-visual.) "Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa kanak-kanak yang belajar melalui muzik mengekalkan maklumat lebih baik daripada mereka yang belajar hanya dengan arahan lisan. Kanak-kanak boleh mengingati konsep atau fakta dengan lebih baik apabila ia dimasukkan ke dalam lagu atau irama. Sebarang jenis unsur muzik boleh membantu anda mengingati butiran penting."


Masih ragu lagi dengan keupayaan modul XPIn Huffaz membantu 'langkahan gergasi' para huffaz dalam hafaan mereka????


Jommm XPIn!!! XPIn Huffaz


Kredit sumber: Disc makers blog

Recent Posts

See All
Teknik Bayangan Dalam Hafazan

Ada sesetengah huffaz menggunakan teknik bayangan. Teknik sebegini digunakan dengan membuat bacaan, mendengarkan terlebih dahulu ayat...

 
 
 

Comments


©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page