Stres: Naqs Min al-Anfus
- Mohd Azlan Adnan

- Mar 2, 2023
- 1 min read
Updated: Sep 5, 2023
Begitulah satu daripada beberapa gambaran Ilahi tentang ujian kehidupan iaitu naqs min al-anfus (kekurangan psikik) dalam alBaqarah 2:155. Psikik(al-Nafs) menurut alGhazali disempurnakan oleh 3 komponen lain iaitu Alakl(akal) alQalb(qolbu) dan alRuh(Roh).
Turun naik jiwa adalah suatu perkara lumrah dalam kehidupan. Ia merupakan ujian untuk melonjakkan kualiti kehidupan manusia menjadi 'yang terbaik' dalam laku buatnya (alMulk 67: 2.
Justeru ujian kehidupan akan menghasilkan serba sedikit kesan stres, distres mahupun eustres. Ia berkadar terus.
Bagi seorang muslim seharusnya stres dilihat dalam kerangka positif. Penawarnya adalah kesabaran. Menerima seadanya. Penuh ridho.
Solat sunatlah dua rakaat diikuti dengan doa penuh pengharapan, memohon dengan rasa khuduk ke hadrat Ilahi agar dimudahkan segala urusan. Mungkin kita tak pernah buat benda yang 'simple' ini. Namun, jawapannya ada pada mereka yang melakukan. Lakukannya secara konsisten. Nescaya ada cahaya di hujung terowong.
Saudara!!! Jomm sama-sama kita lakukan. Nikmati perubahannya.
Kredit gambar: Elssi Peduli



Comments