top of page

Photographic Memory Dalam Hafazan AlQuran

  • Writer: Mohd Azlan Adnan
    Mohd Azlan Adnan
  • Mar 1, 2023
  • 1 min read

Updated: Sep 5, 2023

Photographic Memory (PM) ialah kebolehan untuk mengingat kembali adegan lalu secara terperinci dengan ketepatan yang tinggi – sama seperti gambar ataupun mesin photostat. Penulis merasakan beliau adalah sebahagian orang yang mencirikan ciri tersebut. Sekiranya anugerah khas tersebut diketahui seawal usia muda yang lalu sudah tentu ia boleh dimanfaatkan sepenuhnya.

Secara asasnya, orang yang mempunyai keupayaan PM ini akan mempunyai pola penghafazan alQuran yang sama iaitu teknik 'ulang tubi'.
 
i.Chunking adalah teknik paling lazim buat mereka.  
ii.Teknik 'Pengulangan' semakin banyak ulang tubi dilakukan semakin 'perfect'lah ingatan terpahat di akal.
iii.Teknik 'Peg Word'. Dengan mendapatkan pangkal setiap ayat ia akan memudahkan sambunagan ayat seterusnya.Kerana 'linked' yang berlaku pada perspektif memori mereka.
iv.Teknik 'Loci Memory'. Meneroka setiap ayat yang dihafaz dengan pergi dari satu kalimah kepada kalimah yang berikutnya.
v.Kitabah. Bagi golongan PM juga, kitabah(menulis) semula ayat yang telah dihafaz amat membantu meperkukuhkan memori hafazan mereka. Apatah lagi jika penulisan tersebut berlaku dalam bentuk menekap ayat-ayat alQuran ataupun 'fill in the blank' ayat-ayat alQuran.

Lantaran juga, mengetahui ciri 'photographic memory' ini ia mempengaruhi corak belajar, bidang kerjaya yang sesuai pada masa depan, orientasi pekerjaan, dan banyak lagi keperluan terhubung dengan kehidupan seharian.

 Lebih awal ia tahu tentang potensi dirinya, semakin mudahlah ia melakar plan kejayaan diri mereka.

Recent Posts

See All
Teknik Bayangan Dalam Hafazan

Ada sesetengah huffaz menggunakan teknik bayangan. Teknik sebegini digunakan dengan membuat bacaan, mendengarkan terlebih dahulu ayat...

 
 
 

Comments


©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page