Kecerdasan Kinestatik Dalam Pembelajaran Dan Hafazan AlQuran
- Mohd Azlan Adnan

- Feb 28, 2023
- 2 min read
Updated: Sep 5, 2023
Kefahaman yang betul terhadap keperluan manusia secara individu dalam pembelajaran dan hafazan mampu melonjakkan potensi diri pelajar ke tahap maksimum.
Secara mudah, untuk kefahaman awam ada dua orientasi utama yang berbeza dalam pembelajaran dan penghafazan alQuran mewakili orientasi otak kiri dan otak kanan. Justeru ia amat mempengaruhi orientasi pembelajaran kinestatik seseorang.
Bagi otak kiri , dengan ciri-ciri khas yang ada cukup untuk membentuk pola belajar dan hafaz tersendiri. Pengaruh ciri diri yang sangat berstruktur, punya daya fokus yang tinggi(tahan lama untuk satu sesi yang panjang), mendetil dan teliti, rumus dan terkonsep, data dan analisis serta banyak lagi ciri mengkhusus lain. Ciri 'mnemonic memory learning styles' yang utama diwakili oleh pendekatan chunking, akrostik dan akronim. Ia sekaligus memberi kesan dalam pendekatan hafazan alQuran yang digunakan dalam modul XPIn Huffaz dengan tagline 'Huffaz Personality Based@Mnemonic Memory Huffaz Styles'.
Mereka mampu belajar dan menghafaz dengan baik dalam ruang yang sempit berserta daya tumpu yang tinggi. Bahkan sesuatu tugasan boleh dicapai dengan penetapan sasaran, tempoh masa, imbalan yang terukur. Lazimnya, ciri kinestatik mereka perlu dibakar sebelum sesuatu aktiviti pembelajaran berlaku.
(Lihat tadbir XPIn Personaliti)
Manakala orientasi otak kanan akan dicirikan dengan keadaan yang terbuka dengan 'open setting'. Ia juga mewakili keluasan yang dibayangkan dengan 'big picture', Keupayaan 'rough artistik', keistimewaan sifat kreativiti 'super' melimpah ruah, telahan/prediksi yang menghampiri akurasi lantaran kelebihan 'spatial quotient' yang dimiliki.
Orientasi kerja mereka mungkin cenderung 'last minute' atau 'upjadi', lantaran seringkali idea mereka datang melimpah ruah di saat akhir. Mungkin juga pengaruh 'mood yang kerap menjadi 'cognition' .
Tampil dengan imej 'trendsetter' dengan daya kreativiti 'beyond' ataupun gaya 'super ekstrim' yang menyerlahkan.
Lazimnya, untuk kelompok otak kanan cenderung kerap dijalankan aktiviti kinestatik dalam setiap 20 minit sesi, sebab mereka mudah hilang apatah lagi apabila subjek yang dteroka menjemukan mereka.
Tadbir ini menjadi luas apabila hakikatnya pengetahuan tentang manusia ini luas dan menjadi maklumat yang 'parallel' apabila kombinasi ilmu yang banyak digabungjalin. Begitulah seadanya.


Comments