top of page

Hafaz AlQuran: Proses Memori Yang Lengkap

  • Writer: Mohd Azlan Adnan
    Mohd Azlan Adnan
  • Mar 6, 2023
  • 1 min read

Updated: Sep 5, 2023

Dalam posting terdahulu banyak dikongsikan tentang pendekatan ‘mnemonic memory huffaz styles’.

Bagaimana XPIn cuba memudahkan para huffaz menggunakan pendekatan mnemonic untuk menghafaz alQuran.

Lebih istimewa penggunaan mnemonic tersebut menjurus kepada aplikasi dominan personaliti seseorang.

Ternyata dalam program-program latihan hafazan XPIn ia sangat berkesan untuk membantu para huffaz melonjakkan kuantiti hafazan mereka. Proven!!!!

XPIn sangat bersyukur proses penyesuaian dan transformasi ‘mnemonic learning styles’ kepada ‘mnemonic huffaz styles’ ternyata berhasil.

Untuk memperkukuhkan keyakinan tentang keberkesanan teknik ‘mnemonic memory’ ini XPIn menyemak banyak kajian-kajian ilmiah.

Ada sekurang-kurangnya 9 teknik mnemonic boleh dimanfaatkan dalam hafazan alQuran. Info-info tentang mnemonic memory secara ringkas adalah seperti berikut:

Teknik chunking - ternyata ia memudahkan untuk huffaz dalam penstoran memori alQuran.

Teknik Akronim - Ada teknik digunakan sesuai untuk kelompok personaliti tertentu. Ia berasaskan kapasiti individu berorientasikan ‘input per output’

Teknik Akrostik - Jenis kelompok individu berpolakan pemikiran ‘cause and effect’, mementingkan ketepatan masa, kualiti. Persaingan dengan kelas tersendiri dll.

Teknik visual - menggambarkan sesuatu kefahaman ayat dengan mengkonsepkan dalam bentuk imej.

Teknik Rhythm - Mendapatkan ‘rentak tersendiri dalam penghafazan alQuran. ‘Which is’ rentak tersebut memang ada dalam kognitif kelompok personaliti tersebut.

Teknik Rhymes - Mendapatkan corak irama yang tertentu berdasarkan kecenderungan individu ataupun membina pola irama sendiri untuk disesuaikan dalam hafazan ayat alQuran.

XPIn Huffaz menekankan bahawa kemahiran mnemonic ini tertumpu kepada jenis personaliti.

Manusia ada semua kemahiran tersebut, tetapi kemahiran apakah yang paling dominan.

Justeru tanpa manusia sedari bahawa ketika seseorang menghafaz ia sedang memperkasa kemahiran mnemonic mereka secara individual.

Namun agak malang jika mereka tak mengetahui teknik tersebut untuk memudahkan dan membantu ‘langkahan gergasi’ dalam hafazan mereka.

Jommm XPIn!!! XPIn Huffaz

Recent Posts

See All
Teknik Bayangan Dalam Hafazan

Ada sesetengah huffaz menggunakan teknik bayangan. Teknik sebegini digunakan dengan membuat bacaan, mendengarkan terlebih dahulu ayat...

 
 
 

Comments


©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page