top of page

XPIn Pembelajaran: Gaya Belajar Sensing

  • Writer: Mohd Azlan Adnan
    Mohd Azlan Adnan
  • Apr 16, 2023
  • 1 min read

Updated: Sep 5, 2023

Latar belakang Pelajar Sensing XPIn menyimpulkan individu ini berminat dengan dunia yang praktikal kerana mereka memberi tumpuan kepada persekitaran fizikal. Pelajar Sensing mempunyai kecenderungan yang kuat pada suasana realistik dan praktikal, lebih suka bergantung pada fakta dan kaedah penyelesaian masalah yang konkrit lagi tuntas.


Pelajar Sensing mempunyai gaya pembelajaran sensori yang nyata, sangat menikmati susunan dan rutin yang teratur dan rapi, mereka mungkin memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan situasi yang berubah-ubah.


Ciri-ciri pelajar Sensing termasuk:


Bekerja dengan cara yang detil, rapi, kemas, tersusun dan teratur.

Sangat memberi perhatian kepada butiran maklumat secara terperinci.

Berkecenderungan pada pola kerja berulang-ulang. Lebih suka maklumat konkrit, tepat dan nyata berbanding abstrak.

Perlukan lebih masa untuk menyelesaikan masalah.

Banyak bertanya sehingga mencapai konklusi yang sempurna sebelum dapat memulakan sesuatu tugasan dengan baik.



Comments


©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page