top of page

5.XPIn Huffaz: Teknik Hafazan Feeling

  • Writer: Mohd Azlan Adnan
    Mohd Azlan Adnan
  • Apr 2, 2023
  • 1 min read

Updated: Sep 5, 2023

Menjaga mood, kawalan emosi, kehalusan jiwa adalah antara perkara yang terkait dengan kelompok Feeling. Dalam konteks lonjakan penghafazan alQuran adalah sangat ditekankan agar benar-benar menjaga emosi mereka supaya tidak terganggu. Menghindari konflik, keadaan yang boleh membawa hilang mood dan seumpamanya.


Sebagai pilihan lain mereka perlu tahu mengenalpasti 'mood' serta mengawalnya dengan baik. Walaupun hakikatnya memang sukar mengawal gejolak mood yang sentiasa turun naik dan kerap pasang surutnya.


ree

Teknik hafazan Feeling berpolakan pemahaman dan penghayatan keseluruhan ayat yang mahu dihafaz. Sesuai dengan jiwa halus mereka. Pemahaman per ayat sangat-sangat membantu lonjakan hafazan dengan 'rhymes' tersendiri.


Isu yang mencengkam bagi mereka adalah 'cepat dan mudah' hilang fokus, mudah terganggu dengan kawan dan suka berbual.


Sesuai dengan dominan otak kanan mewakili kelompok Feeling, pendekatan hafazan yang ketara adalah taqsim tikrar jamaei. Menghafaz satu ayat hingga dapat kemudian menyambung ke ayat berikutnya hingga selesai pada 'target' tertentu dalam satu halaman.


Latihan secara 'bersemuka' serta intensif lebih sesuai dengan 3-4 slot latihan praktikal berfokus dengan di selang seli aktiviti 'pengkayaan dan pengukuhan' pada kepelbagaian kaedah hafazan tersebut.


XPIn sangat prihatin kepada keperluan melayan 'multiple intelligences' , IQ, EQ dan fizikal peserta. Kebiasaannya modul XPIn Huffaz digarap dengan semua elemen kesemulajadian insan.


Berminat nak tahu lebih lanjut tentang pendekatan hafazan XPIn Huffaz??? Ayuhhh!!! bawakan program istimewa ini ke pangkuan para huffaz anda sebagai hadiah istimewa buat mereka.



ree


Recent Posts

See All
Teknik Bayangan Dalam Hafazan

Ada sesetengah huffaz menggunakan teknik bayangan. Teknik sebegini digunakan dengan membuat bacaan, mendengarkan terlebih dahulu ayat...

 
 
 

Comments


©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page