top of page

4.XPIn Huffaz:Teknik Hafazan Intuition

  • Writer: Mohd Azlan Adnan
    Mohd Azlan Adnan
  • Apr 2, 2023
  • 2 min read

Updated: Sep 5, 2023

Intuition adalah sekelompok manusia yang mempunyai jenis kecerdasan spatial-visual. Kecerdasan ini dikaitkan keupayaan untuk membuat jangkaan 'meruang'. Kelebihan visualisasi yang dimiliki mampu membantu mereka membayangkan setiap perkara dengan mempolakan bentuk sesuatu imej atau model lalu mempersembahkan konsep yang mudah untuk mereka fahami.



ree

Gambar sebagai hiasan


Intuition mewakili ciri operasi 'otak kanan' bagi manusia. Lantaran kecerdasan spatial-visual yang dimiliki ia disesuaikan dalam pendekatan penghafazan XPIn Huffaz. Pemahaman awal kepada seluruh 'content' yang hendak dihafaz adalah penting untuk membina konsep keseluruhan ayat mahu dihafaz seharian.


Lalu konsep tersebut divisualkan dalam bentuk imej@model. Imej mungkin mewakili kefahaman keseluruhan ayat lalu dikonsepkan. Dipengakhiran hafazan akan melahirkan satu model hafazan alQuran disebut berbentuk 'mind map' terkhusus untuk tugasan hafazan harian.

ree

Ada pendekatan 'mapping' kelompok ini adalah dalam corak bimbingan 'latih tubi' dengan melakukan 'tebukan' ayat secara 'kebarangkalian' seperti kombinasi ayat atas-bawah, kiri-kanan dan seumpamanya dalam halaman tertentu yang dihafaz. Ia juga seumpama satu sesi 'drilling' hafazan yang memetakan ayat secara tidak tersusun(tidak berstruktur) menjadi makanan utama operasi otak kelompok Intuition. Sudah tentulah cara hafazan yang sesuai dengan diri mereka akan melonjakkan kecemerlangan mengingat melalui memori.


Ada beberapa pendekatan hafazan lain yang disesuaikan dengan orientasi operasional otak kelompok Intuition.


Kenapa jadi begitu???? Itulah keistimewaan operasi otak yang terbahagi left brain (berstruktur) dan right brain (tak berstruktur). Memahami secara mendalam akan mudah untuk seseorang menerima kepelbagaian dan kelebihan manusia. Konklusinya adalah keupayaan menghafaz manusia adalah sama, cuma ia kena tahu 'tools' yang dipakai serta kesesuaian teknik hafazan dengan dominan otak manusia.. Itu je rahsianya.


Ada banyak lagi teknik dan skil tersembunyi 'by personality' tak sempat diulas di sini kecuali sesi 'face to face' yang eksklusif berserta sesi latihan intensif yang mantap dan padu dengan bimbingan langsung dari 'Founder program XPIn sendiri.


Mahu tahu jawapannya??? Modul XPIn Huffaz menyediakan jawapan tuntas atas segala perbezaan tersebut.


ree



ree


Recent Posts

See All
Teknik Bayangan Dalam Hafazan

Ada sesetengah huffaz menggunakan teknik bayangan. Teknik sebegini digunakan dengan membuat bacaan, mendengarkan terlebih dahulu ayat...

 
 
 

Comments


©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page