3. XPIn Huffaz: Teknik Hafazan Thinking
- Mohd Azlan Adnan

- Apr 1, 2023
- 1 min read
Updated: Sep 5, 2023
Sesuai dengan sifat sejati mereka yang kuat berfikir dan mengakhiri pemikiran dengan sebuah konsep tertentu. Begitulah pola penghafazan alQuran perlu dibentuk dari diri mereka.
Kehebatan cara berfikir mereka yang berteraskan aspek teknikal boleh disimpulkan dengan satu terma mudah iaitu 'berstruktur'. Mereka sangat cenderung dengan komponen-komponen pembelajaran dan hafazan yang jelas, berobjektif, tersusun rapi dll.
Keadaan ini jelas terzahir dengan sikap mereka yang sangat mementingkan skema - kerangka hafazan seperti 'target' untuk dicapai, tempoh masa, perancangan, chunking dan lainnya. Bagi mereka, cara hafaz/belajar perlulah terorganisasi dengan baik.

Oleh kerana, struktur pemikiran terbentuk sebegitu rupa dengan corak segmentasi yang berpetak-petak maka cara hafazan alQuran mereka juga cenderung dengan pendekatan taqsim/chunking. Bermula dengan taqsim/chunking untaian demi untaian kalimah kepada untaian ayat seterusnya untaian baris.
Lebih lanjut, kalau dilihat pendekatan 'Hafazan Model Malaysia' keluaran Darul Quran-JAKIM boleh disimpulkan pendekatan yang sesuai adalah 'taqsim tikrar tasalsuly' bagi XPIn Huffaz ia mewakili ciri-ciri otak kiri.

Ada banyak implikasi yang wujud daripada perbezaan personaliti ini. Namun ia akan mudah, jika huffaz atau 'stake holder' yang terlibat benar-benar memahami faktor-faktor tersebut dan cara untuk 'overcome' semua isu terbabit. XPIn Huffaz hadir untuk 'simplyfy' semua permasalahan tersebut.
Ayuhhh!!! Jomm bantu para huffaz anda membangunkan potensi luar biasa mereka secara spesifik. Hentikan proses teraba-raba mencari solusi hafazan yang berkesan. Terus kepada solusi bersama XPIn Huffaz. Satu-satunya program hafazan dengan kombinasi pelbagai teori, pendekatan, metod dan seumpamanya di dunia.



Comments