top of page

2. XPIn Huffaz: Teknik Hafazan Sensing

  • Writer: Mohd Azlan Adnan
    Mohd Azlan Adnan
  • Mar 31, 2023
  • 2 min read

Updated: Sep 5, 2023

Pendekatan penghafazan al-Quran ala XPIn bukanlah direka-reka. Namun ia adalah kombinasi kajian, metod, learning styles, memory based, personality based dan banyak lagi lalu dihimpunkan, dicerakinkan melalui 'pattern' yang terbentuk.


Sebagai contoh: Gaya penghafazan kelompok Sensing terpola sebegitu rupa melalui kenal ciri-ciri personaliti serta profiling yang wujud. Lantaran itu apabila kelompok itu 'engage' dengan persekitaran hafazan al-Quran akan lahir corak hafazan yang tertentu mewakili mereka. Ia unik, tersendiri, agak 'isolate' sifatnya dan banyak keistimewaan mengkhusus buat mereka.

ree

Menariknya apabila dikombinasikan dengan gaya pembelajaran VARK, bagi Sensing maka akan jelas membentuk pola tersendiri iaitu 'read and write' ataupun ia juga mendekati gaya pembelajaran kinestatik yang perlu pergerakan untuk merangsang otot sekaligus menjadi katalis kepada 'daya ingat' kelompok terbabit.


Bila ia digabungkan dengan 'mnemonic memory learning styles' ia akan menzahirkan pola pemetaan 'akrostik style' yang nyata dalam penghafazan al-Quran iaitu 'Mapping 'ra'su al-ayat'. Kalau dikaitkan dengan gaya belajar di sebut sebagai 'flow map' atau 'process map' dengan pemetaan pangkal ayat di atas kertas A4 yang tersusun satu persatu ayat.


Bagi Sensing, proses hafazan mereka tidak kreatif sifatnya, satu per satu, step per step, ayat per ayat. Baca dan ulang. Pengulangan dan latih tubi adalah 'azimat' utama mereka. Makin diulang makin 'perfect'. Ada grup personaliti makin diulang makin ke laut jadinya.. kena tahu untuk 'tackle' pula isu mereka. Sebab tu mereka adalah pengguna tegar kaedah 'chunking' - taqsim serentak dengan keupayaan memori yang 'super' luarbiasa.



ree


Kalau dikaitkan dengan 'dimensi' mereka sangat tradisional dengan pola pemetaan 1D yang melihat objek pada aspek 'real'. Pola pemprosesan maklumatnya adalah 'output per input' berapa ia dapat begitulah jumlah dikeluarkannya. ia juga tergolong dengan pola 'photographic memory' ataupun 'xerox memory'.



ree


Banyak lagi rahsia penghafazan kelompok ini.. sebab dan punca ia menjadi gaya hafazan tersendiri. Ingin tahu siapakah gaya hafazan yang sesuai buat huffaz anda??? XPIn ada jawapannya...




Recent Posts

See All
Teknik Bayangan Dalam Hafazan

Ada sesetengah huffaz menggunakan teknik bayangan. Teknik sebegini digunakan dengan membuat bacaan, mendengarkan terlebih dahulu ayat...

 
 
 

Comments


©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page