Siri 1 XPIn Huffaz: Teknik Hafazan AlQuran Berasaskan Personaliti
- Mohd Azlan Adnan

- Mar 28, 2023
- 2 min read
Updated: Sep 5, 2023
Ada pelbagai teknik hafazan alQuran diperkenalkan di tengah masyarakat. Semua teknik tersebut baik untuk membantu orang ramai menghafaz alQuran.
Seperkara yang gagal difahami kebanyakkan orang awam teknik hafazan yang direkacipta adalah berdasarkan kejayaan individu tersebut menghafaz alQuran. Hakikatnya secara psikologi teknik tersebut mewakili diri individu terbabit atau se'pattern' dengan personaliti beliau. Ia tidak sesuai untuk aplikasi pada orang yang lain ciri personalitinya.
Bagi yang tidak berkemahiran ia akan memukul rata kaedah hafazan pada semua orang sama saja, 'trial and error'.
Sebanyak mana kajian yang ada ia tetap mengutarakan pelbagai metod hafazan namun gagal mengklasifikasi secara spesifik individu manakah yang sesuai dengan sesuatu teknik. Ia sangat berbeza dengan apa yang dikemukakan oleh XPIn.
Namun, ia tidak berlaku dengan pendekatan yang dibawa oleh XPIn Huffaz. Ia menyesuaikan pendekatan psikologi, kajian learning styles, mnemonic memory, hafazan model Malaysia dan pelbagai pendekatan yang ada di tengah awam lalu dipersembahkan untuk manfaat semua. XPIn menyesuaikan pendekatan hafazan berdasarkan individu secara spesifik.
Ucapan jutaan Terima Kasih kepada banyak institusi yang memberi ruang kolaborasi program dan ilmu kepada XPIn . Ternyata manfaat itu bukan sekadar diperolehi oleh XPIn dan peserta program. Tetapi lebih jauh lagi, ia akan tambah memantapkan lagi modul XPIn pada program-program akan datang untuk memberi lebih manfaat kepada lebih ramai alumni-alumni programnya.
Saudara semua... Tinggalkanlah cuba jaya untuk anak-anak sewaktu menghafaz... terus kepada solusi yang tuntas pada cara hafaz alQuran berasaskan personaliti secara spesifik.
Jangan biarkan huffaz anda keletihan... sementara mendapat cara hafaz yang sesuai mewakili diri. Ayuhh!!! elakkan daripada muncul rasa bosan, kecewa, 'give up', tak boleh 'move on' apabila ketinggalan dari rakan lain dari segi jumlah hafazan. Kesannya besar buat emosi huffaz kalau mereka gagal kendalikan persaingan sihat menghafaz tersebut.
Maha Suci Allah, menganugerahkan keupayaan dan potensi otak manusia yang sama. Cuma manusia tak tahu dominan otaknya. Serta kesesuaian teknik hafazan berdasarkan dominan otak. Salah gunakan teknik dan pendekatan hafazan yang sesuai adalah salah satu sebab halangan. Di samping itu, tak kenal diri, kelemahan dan kekuatan dalam menghafaz. XPIn menampilkan solusi untuk semua isu tersebut.
Bagi XPIn Huffaz, berdasarkan modul dan penyesuaian kajian dengan pelbagai kaedah, pendekatan, teori telah melahirkan suatu pendekatan hafazan yang berbeza berdasarkan individu. Ada 5 pendekatan penghafazan yang berbeza. Sudah tentu, pada masa yang sama pelbagai pendekatan berbeza boleh disesuaikan oleh peserta lain jika ia 'workable'.. Apa salahnya..kann..



Comments